Melaka, 15 Mac 2008 - Kelab Sukan dan Kebajikan (KESBI) Biro Tatanegara (BTN) telah berjaya mengadakan Hari Keluarga pada 15 hingga 16 Mac 2008 bertempat di A' Famosa Resort, Melaka.

Para pegawai, kakitangan dan keluarga masing-masing menginap di Apartment D-Savoy. Acara dimulakan dengan sesi taklimat dan ucapan alu-aluan oleh Presiden KESBI, Dr. Idris Md. Noor yang juga merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) BTN.
Beliau melahirkan perasaan gembira dan bangga kerana Hari Keluarga dapat dijayakan pada tahun ini. Beliau juga berharap hubungan silaturahim di antara keluarga kakitangan BTN akan dapat dieratkan melalui program tersebut.
Di antara program yang telah diadakan adalah seperti :-
Permainan di “Water World”
“Telematch”
Lawatan ke “Animal World Safari”.
Makan malam di “Cowboy Town”
Permainan “Paintball”
Pertandingan Karaoke dan cabutan bertuah