Cetakkan: http://www.btn.gov.my/BM/default.asp?page=1&m=3&id=291&e=__Read
| |
KURSUS KENEGARAAN 
APLIKASI ATAS TALIAN 
JALINAN LAMAN 
BERITA & AKTIVITI 
SEMINAR KHAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERINGKAT NEGERI PERLIS
Penulis: webmaster@btn.gov.myMar 12, 2009 9:24:49 AM

KANGAR, 5 Mac 2009 – Kerajaan negeri Perlis dengan kerjasama Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan peringkat Negeri Perlis di Hotel Putra Palace, Kangar. Seminar ini bertujuan memberi kefahaman yang jelas kepada pembuat dasar mengenai Perlembagaan Persekutuan. Seramai 140 peserta terdiri daripada ketua-ketua jabatan persekutuan di negeri dan ketua jabatan peringkat negeri telah hadir.

 

DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah mencemar duli hadir  untuk menyampaikan titah perasmian  dalam seminar tersebut. Hadir sama dalam seminar khas ini ialah Menteri Besar Perlis, YAB Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis dan Exco-exco kerajaan negeri Perlis.

YBhg. Dato’ Mohd. Noor bin Hj. Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan merupakan penceramah dalam seminar tersebut dan Profesor Dr. Mustafa Ishak (UUM) sebagai moderator. Turut sama hadir di pihak BTN ialah Tuan Hj. Wahab Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Dr. Idris Md. Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), Tuan Hj. Hanafi Harun, Pengarah Cawangan Akademi Kenegaraan dan  Pengarah-Pengarah BTN Negeri.

 

Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan ini memberi fokus dan penekanan mengenai hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, hak orang bukan Melayu, kebebasan agama dan Majlis Raja-Raja. Penerangan dan huraian yang jelas serta terperinci dapat memberi kefahaman tentang perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

                    



Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Kebolehcapaian
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Biro Tatanegara tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat di dalam laman ini.