Kami bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan. Dengan itu, kami berjanji kepada pelanggan seperti berikut:
Peserta Kursus:
-
Sebelum sesuatu aktiviti:
Kursus akan ditawarkan kepada organisasi/peserta selewat-lewatnya 21 hari sebelum kursus bermula.
-
Semasa menyertai aktiviti:
-
Peserta diberi pendidikan dan latihan yang mengiktiraf keupayaan fizikal dan intelektual mereka.
-
Semua kemudahan dan keperluan asas aktiviti akan disediakan dalam keadaan lengkap, mencukupi dan berkualiti.
-
Selepas menyertai aktiviti:
-
Peserta yang mengikuti kursus dengan jayanya akan diberi sijil penyertaan selewat-lewatnya 2 minggu selepas kursus tamat.
-
Peserta berpeluang mengikuti aktiviti selanjutnya untuk menjadi Sahabat dan Tenaga Penggerak BTN.
Tenaga Penggerak:
-
Mengeluarkan surat pelantikan selewat-lewatnya 2(dua) minggu setelah menerima surat persetujuan daripada calon Tenaga Penggerak.
-
Mengeluarkan surat jemputan bertugas sekurang-kurangnya 10 hari sebelum sesuatu aktiviti bermula.
-
Memastikan bahawa semua kemudahan dan keperluan asas aktiviti dalam keadaan lengkap, mencukupi dan berkualiti.
-
Membuat pembayaran semua imbuhan/tuntutan dalam tempoh 14 hari setelah menerima borang tuntutan yang lengkap
Pembekal:
-
Memberi pertimbangan yang adil dan saksama dalam tempoh masa yang ditetapkan terhadap semua tawaran pembekal.
-
Membuat pembayaran semua bil atau invois dalam tempoh 14 hari setelah menerima dokumen yang lengkap |