Cetakkan: http://www.btn.gov.my/bm/Default.asp?page=6&m=3&id=245&e=__Read
| |
CARIAN 
Carian :
 
Tajuk Teks
Dari :
Hingga :

ARKIB BERITA & AKTIVITI 
KOMITMEN PERKHIDMATAN AWAM
Penulis: webmaster@btn.gov.myMay 21, 2008 11:47:45 AM

Putrajaya, 14 April 2008 - Perjumpaan Pegawai-pegawai Bersama Pihak Pengurusan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Bil.1/2008 telah diadakan di Dewan Auditorium, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Seramai 163 pegawai dari seluruh negara menghadiri perjumpaan tersebut.
 
Tuan Hj. Wahab bin Jusoh , Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dalam ucapannya mengajak semua pegawai supaya menguatkan azam, memantapkan kerjasama dan bersatu hati dalam usaha merealisasikan Misi Nasional. Pegawai diminta supaya memberi keutamaan kepada usaha memenuhi piagam pelanggan, meningkatkan kualiti, dan bekerja sebagai satu pasukan yang kuat untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Dalam pada itu, Dr. Idris bin Md. Noor , Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) pula berharap pegawai BTN menjadi pejuang yang sejati, ikhlas dan berani demi mendaulatkan ketuanan bangsa yang semakin dicabar. Dr. Idris telah membentangkan realiti politik masa kini dengan harapan para pegawai akan menyedari betapa besarnya harapan dan tanggungjawab kita untuk meletakkan bangsa kita pada kedudukan yang tinggi dan dihormati.

        

Sementara itu, pegawai juga dipertontonkan dengan tayangan video bertajuk " Komitmen Perkhidmatan Awam Malaysia 2008 "  dengan tema "Ke Arah Satu Perkhidmatan Awam Yang berteraskan Pelanggan".

Seterusnya, para pegawai berpeluang untuk bersoal-jawab dan berbincang dengan pihak pengurusan BTN. Pengarah-pengarah Cawangan juga berpeluang untuk memaklumkan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan.


Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Kebolehcapaian
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Biro Tatanegara tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat di dalam laman ini.