UUM Sintok Kedah, 30 Mac 2009 – Seramai 30 orang pegawai dan tenaga penggerak Biro Tatanegara telah dan sedang melanjutkan pengajian Master Kaunseling Universiti Utara Malaysia (UUM). Pengajian sarjana ini dimulai pada bulan Julai 2007.
Dengan berkat kegigihan dan semangat yang kental seramai 12 orang rakan kita ini telah berjaya menggenggam segulung ijazah lanjutan ini dalam tempoh 18 bulan sahaja. Kesemua graduan ini telah dianugerahkan Master Sains Kaunseling pada Majlis Konvokesyen ke-22 UUM pada 28 Mac 2009 yang baru lalu di kampus Sintok, Kedah. Rakan-rakan kita yang berjaya itu ialah :
PEGAWAI:
1. KHALID BIN MOHAMAD YOSOFF
2. EZRINA BINTI ABDUL RAHMAN
3. AFFENDY BIN SHAMSUDDIN
4. CIK HARLYANTY BINTI ARIFIN
5. FAIZAL IQRAM IBENI YANIN
TENAGA PENGGERAK:
6. ABDUL HAMID BIN GHAZALI
7. MERIAM BINTI ABU BAKAR
8. NOOR AZAM BIN ABDUL MOKTA
9. AHMAD ZUNAIDI BIN AB. RAHMAN
10. NOR SHADIRA BINTI JAMALUDDIN
11. LATIPAH BINTI MD YUSOH
12. ZUAIZA BINTI PAIMAN
