Kuala Lumpur – Akademi Kenegaraan , Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri telah berjaya melahirkan Pegawai dan Tenaga Penggerak BTN dalam program Master Kaunseling Universiti Utara Malaysia ( UUM ).
Kini, Akademi Kenegaraan sedang mengatur program Master Ekonomi UUM untuk Pegawai dan Tenaga Penggerak BTN serta program Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia UPM untuk staf dan tenaga pengerak BTN.
Sesiapa yang berminat diminta menghubungi segera Akademi Kenegaraan ( u.p. : Puan Zainariah Hassan ) sebelum 30 April 2009.