MAJLIS TAKLIMAT KEPADA YB TUAN HAJI AHMAD MASLAN , TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Putrajaya, 15 April, 2009 – Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri telah menerima kunjungan YB Tuan Haji Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Kehadiran YB Timbalan Menteri adalah untuk mendengar taklimat mengenai perkembangan terkini kursus-kursus kenegaraan yang dilaksanakan oleh Biro Tatanegara.
YB Timbalan Menteri disambut oleh YBhg. Dato’ Shagul Hamid bin Abdullah, Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Tuan Hj. Wahab bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah ( Pengurusan ), Dr. Idris bin Md. Noor , Timbalan Ketua Pengarah ( Latihan ), Pengarah- Pengarah Cawangan dan Pengarah-Pengarah Negeri BTN seluruh negara.
