Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

LABIS, 11 Feb. – Kekuatan Federal Land Development Authority (FELDA) dibangunkan oleh kerajaan persekutuan. Namun tanpa kerjasama kerajaan negeri, tanah yang ingin dibangunkan itu mungkin tiada. Maka dengan ini, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri itu perlu kerjasama yang kukuh bagi memastikan setiap mereka yang berada di FELDA terus dibangunkan dan dibela.

Maka atas dasar itu, satu program khas bersama warga FELDA Chempelak dan FELDA Chempelak Barat dianjurkan oleh Biro Tatanegara Negeri Johor dibawah kendalian Encik Nor Hafizan Ab Rahman, Penolong Pengarah BTN Negeri Johor. Program bertemakan “Bicara Tentang Negeri Johor” itu menerima sambutan amat menggalakan dengan kehadiran peserta seramai lebih 700 orang.

“Program dua hari pada 10 dan 11 Februari ini merupakan usaha sama dengan Kerajaan Negeri Johor bagi menerapkan proses kecintaan kepada tanah air itu berterusan dengan penjelasan berkaitan dasar-dasar kerajaan antara kerajaan persekutuan dan negeri. Program ini telah dirasmikan sendiri oleh YBhg. Tuan Hj. Mohd Erfino Johari, Pengarah BTN Negeri Johor,” menurut Hafizan.

Program berbentuk sembang santai dan ceramah ringkas ini berjaya menarik pelbagai golongan dan peringkat umur supaya mereka jelas apa yang direncanakan dan dihasratkan oleh kepimpinan negara dan negeri. Semua pihak perlu memainkan peranan mereka agar kebersamaan ini dapat diteruskan lebih cemerlang.

BERITA / FOTO Oleh: Nor Hafizan Ab Rahman

 

Peserta bergambar dengan Tenaga Penggerak dengan bahan edaran mengenai dasar Johor Berkemajuan.

 

Sembang santai yang dibuat di rumah penduduk, turut hadir dalam majlis ialah Pengarah BTN Negeri Johor.

 

Program sembang santai yang dilaksanakan di kedai makan Felda Chemplak.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top