Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULAIJAYA, 12 Apr. – Setiap manusia dilahirkan dengan keistimewaan yang tersendiri. Kelebihan mereka itu perlu kita raikan kerana tidak semua yang kita tahu menyatakan bahawa kita telah mengetahui segalanya. Kepakaran seorang dokor terletak pada bidang perubatannya sendiri, itu pun tidak semua yang mereka ketahui. Kepakaran seorang negarawan terletak pada pengkajian beliau tentang ilmu sejarah negara bangsanya serta ilmu kenegaraan yang dia ada. Itu sebenarnya apa yang berlaku. Ia merupakan interprestasi YBhg. Tuan Mohd Erfino Johari, Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor ketika menyampaikan wacana minda kepada peserta program di Kem Bina Negara Gunung Pulai, Kulaijaya, Johor.

Pada 10 hingga 12 April 2018, seramai 52 orang Doktor Pakar dan Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru telah berkampung di kem berkenaan bagi mengikuti Program Latihan Transformasi Negara dibawah kendalian Encik Mohd Zuraimy Yaakob, Penolong Pengarah BTN Negeri Johor. Program ini merupakan kerjasama antara BTN Negeri Johor dengan pihak hospital bagi memastikan setiap kakitangan mereka berkhidmat sepenuh jiwa bercirikan nilai kenegaraan.

Menurutnya, dalam membantu menyelamatkan seseorang pesakit, memang kita akan mengalami tekanan bagi memastikan tanggungjawab kita dilaksanakan sebaik mungkin. Hal ini sama juga seperti kita sebagai seorang warganegara sesebuah negara, kita akan pastikan negara ini sentiasa sihat dan dijaga rapi dalam segala genap aspek kehidupan. Perlembagaan Persekutuan umpama jantung kepada negara ini yang mengawal segala gerak geri apa yang ada dalam negara ini. Tanpa Perlembagaan Persekutuan ini, mustahil untuk negara kita kekal aman dan harmoni pada hari ini.

Menurut beliau lagi, peserta program turut menjalani beberapa sesi wacana minda, latihan dalam kumpulan serta sesi riadah bagi memastikan segala aktiviti disertai dengan jiwa yang sihat dan membantu mereka untuk terus menyumbang idea dan pengalaman. Mesej kenegaraan dan patriotisme antara elemen penting yang diterapkan dalam diri peserta program bagi memastikan supaya diakhir program mereka lebih peka terhadap bidang dan tanggungjawab mereka bukan hanya kepada pesakit, malah lebih daripada itu.

Pihak BTN merakamkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada peserta program yang menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program tersebut berlangsung.

BERITA / FOTO Oleh: Mohd Zuraimy Yaakob

 

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top