Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULAIJAYA, 19 Apr. – Bermula dari tahun 2013, kini masuk tahun ke lima kerjasama program antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersama-sama Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor dalam memastikan proses transformasi penjawat awam benar-benar terlaksana. Melalui Program Transformasi Negara ini, seramai 71 orang kakitangan MBJB telah hadir mengikutinya dari 17 hingga 19 April 2018 di Kem Bina Negara Gunung Pulai, Kulaijaya. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj. Abdul Aziz Ithnin, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MBJB di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Gunung Pulai, Johor.

Menurut penyelaras program Encik Mohd Zuraimy Yaakob, program berkenaan terus memartabatkan sumbangan sektor awam terutama sekali kepada MBJB dalam memastikan sasaran MBJB menjadi Bandaraya Bertaraf Antarabangsa menjelang tahun 2050 nanti terlaksana. Selari dengan harapan kerajaan dan dasar yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia mensasarkan negara ini ditransformasi melalui Dasar Transformasi Negara 2050 (TN50) tercapai kelak.

Usaha berterusan ini akan terus digarap dengan lebih cemerlang melalui pengisian program yang lebih terbuka dan bersasar dengan memenuhi matlamat dan objektif setiap jabatan. Menjadi peranan BTN menerapkan nilai-nilai murni kepada penjawat awam dan dalam masa yang sama memberi suntikan semangat kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang selepas pulang dari mengikuti program bersama-sama BTN.

Selain itu, konsep bernegara dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan diperjelaskan secara terperinci melalui aktiviti Latihan Dalam Kumpulan atau PKPK serta aktiviti kembara. Ianya merupakan antara inisiatif BTN dalam mentransformasi modul dan pendekatan penyampaian yang lebih santai namum bermaklumat kepada umum. Pihak BTN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terhadap MBJB atas usaha berterusan menjalinkan kerjasama program seperti ini bersama-sama pihak BTN.

BERITA / FOTO Oleh: Mohd Zuraimy Yaakob

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top