Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULAIJAYA, 08 April– Satu lagi kerjasama strategik melalui konsep Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) terlaksana antara Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dengan Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor. Program Latihan Transformasi Negara yang berlangsung di Kem Bina Negara Gunung Pulai itu telah dihadiri seramai 71 orang peserta bermula pada 6 hingga 8 April 2017. Program telah dirasmikan oleh Pengarah BTN Negeri Johor, Ustaz Mohd Erfino Johari dan dalam masa yang sama beliau telah berkongsi pengalaman dan dapatan beliau bersama sama peserta program.

Menurut penyelaras program, Encik Mohd Zuraimy Yaakob, program ini bertujuan untuk memupuk semangat nilai murni kepada kakitangan awam negeri Johor serta meningkatkan kefahaman mereka mengenai nilai patriotisme dan kenegaraan. Mereka juga telah didedahkan mengenai dasar-dasar negara supaya negara ini dapat dibangunkan bersama sama. Melalui segmen Wacana Minda, Pengarah BTN Negeri Johor mengingatkan bahawa setiap mereka yang ada dalam negara ini mempunyai peranan masing-masing dan bukan hanya mengharapkan kerajaan yang memerintah. Sebanyak 6 sesi PKPK juga telah dialami sendiri oleh peserta program bersama barisan fasilitator jemputan.

 

FOTO oleh :Mohd Zuraimy Yaakob

Pengarah BTN Negeri Johor berkongsi maklumat bersama sama peserta program berkaitan Perlembagaan Persekutuan. 

 

Pengarah BTN Negeri Johor bergambar kenangan bersama sama barisan Penyelaras Program, urus setia serta peserta program. 

 

Peserta selesai melakukan aktiviti brooken Meal. Dalam modul ini, elemen kerjasama, memberi dan menerima serta semangat bernegara amat tinggi.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top