Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULAIJAYA, 11 April – Kolej Komuniti Kluang telah berkampung di Kem Bina Negara Gunung Pulai dalam program Latihan Transformasi Negara Mahasiswa bermula pada 9 hingga 11 April yang lepas. Program berkenaan dihadiri seramai 30 orang mahasiswa mereka dan dikendalikan oleh Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor, Encik Nor Hafizan Ab Rahman. Menurut beliau, peserta program telah menjalani sesi Wacana Minda. Dalam program berkenaan juga peserta telah mengikuti sesi Kuliah serta PKPK yang dikendalikan oleh Tenaga Penggerak BTN Negeri Johor.

Menurut beliau lagi, program ini adalah untuk membina semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa serta memberi kesedaran betapa pentingnya perpaduan dalam negara yang berbilang kaum. Sepanjang program, peserta telah disalurkan input-input maklumat mengenai kenegaraan dan isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara. Dalam sesi kembara, mereka diuji dengan pelbagai halangan dan cabaran melalui laluan denai hutan sekitar Gunung Pulai, Johor. Mereka amat teruja kerana diberi peluang merasai keindahan denai alam asli yang belum diterokai dengan keindahan air terjun Gunung Pulai.

 

FOTO oleh : Nor Hafizan Ab Rahman

Mahasiswa Kolej Komuniti Kluang mengambil peluang dan kenangan dalam setia sesi yang diisi oleh urus setia program di KBN Gunung Pulai.

 

Peserta program bergambar dengan Penyelaras Program dan urus setia program di Dewan Putra 1 Malaysia, KBN Gunung Pulai. 

 

Perkampungan Survival yang dibuka secara rasmi oleh YBhg. Datuk Hj Ibrahim Saad dijadikan medium penting dalam melatih peserta program BTN. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top