Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULAIJAYA, 20 April– Hubungan antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang terjalin sejak sekian lama terus dieratkan lagi dengan penganjuran program Latihan Transformasi Negara Anggota MBJB di Kem Bina Negara Gunung Pulai, Johor. Program berlangsung pada 18 hingga 20 April itu dikendalikan oleh Encik Mohd Zuraimy Yaakob, Penolong Pengarah BTN Negeri Johor. Seramai 33 orang peserta telah mengikuti program tersebut.

Menurut beliau, sepanjang program, peserta telah menjalani program tersebut secara tugasan luar keseluruhannya. Aktiviti meneroka hutan Gunung Pulai serta aktiviti fizikal lain dipelajari oleh peserta program. Apa yang penting, sepanjang program peserta mempelajari erti susah dan senang serta memahami semangat kerja berpasukan. Peserta juga diterapkan dengan elemen nilai-nilai murni serta patriotsime dan kenegaraan.

 

FOTO oleh: Mohd Zuraimy Yaakob

Kenangan manis dirakam peserta program terdiri daripada kakitangan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Air Terjun Gunung Pulai.

 

Peserta program bergambar dihadapan Dewan Putra 1Malaysia bersama barisan urus setia program di Kem Bina Negara Gunung Pulai.

 

Sebelum itu, mereka dikongsikan bersama sama dengan Pengarah BTN Negeri Johor, Tuan Mohd Erfino Johari mengenai erti bernegara.

 

Mereka belajar banyak pengalaman manis terutamanya dalam sesi ikthiar hidup didalam Hutan Lipur Gunung Pulai, Kulaijaya.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top