Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MERSING, 08 Mei– Seramai 98 orang ahli Persatuan Pesara Kerajaan Daerah Mersing telah hadir ke program Seminar Cinta Negara di Dewan Kem Telok Imam, Mersing anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor. Program diselaraskan oleh Encik Abd Rahman Hussin itu telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj. Mohd Erfino Johari, Pengarah BTN Negeri Johor yang turut sama menyampaikan perkongsian dan dapatan beliau. Peserta telah diberikan penerangan tentang kenegaraan dan perlembagaan persekutuan serta isu-isu semasa negara. Peserta yakin bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah sesuatu yang baik demi kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat bersama.

 

FOTO Oleh :Abd Rahman Hussin

Barisan peserta Pesara Kerajaan Daerah Mersing bergambar kenangan dengan Pengarah BTN Negeri Johor selesai program.

 

Sebahagian daripada pesara kerjaan yang hadir khusuk mendengar perkongsian daripada penceramah jemputan BTN Negeri Johor.

 

Pengarah BTN Negeri Johor berkongsi dapatan beliau bersama sama dengan peserta program di Kem Telok Imam, Mersing.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top