Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KULAIJAYA, 10 Mei– Seramai 75 orang Ketua Unit dan Doktor Pakar Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah hadir ke program Latihan Transformasi Negara anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor di Kem Bina Negara Gunung Pulai. Program berlangsung dari 8 Mei hingga 10 Mei itu telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Hadir sama pada program berkenaan adalah YBrs. Tuan Hj. Mohd Erfino Johari, Pengarah BTN Negeri Johor untuk berkongsi maklumat dan dapatan. Peserta program telah menjiwai kenegaraan dan kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini selain memupuk budaya korporat cemerlang kepada rakyat.

 

FOTO Oleh : Mohd Zuraimy Yaakob

Pengarah BTN Negeri Johor berkongsi pengalaman dan dapatan beliau dengan peserta program di Dewan Putra 1Malaysia.

 

Sesi ikhtiar hidup di dalam hutan Gunung Pulai sekitar Kem Bina Negara Gunung Pulai, Kulaijaya, Johor.

 

Peserta program bergambar kenangan bersama sama barisan urus setia program di Padang Kawad Kem Bina Negara Gunung Pulai, Johor.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top