Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULAIJAYA, 13 Mei – Dengan tema “Guru Pembina Negara Bangsa” dan sambutan diadakan di negeri Johor, ianya tampak bermakna apabila seramai 80 orang guru-guru dari seluruh negeri Johor berkampung di Kem Bina Negara Gunung Pulai mengikuti program Latihan Transformasi Negara siri Negeri Johor. Program itu berlangsung pada 11 hingga 13 Mei 2017 dikendalikan oleh Encik Ardi Putra Daros, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penjana Modal Insan. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Sa’aid Mo’min, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Bina Upaya Keguruan, Bahagian Pendidikan Guru, KementerianPendidikan Malaysia.

Menurut Encik Ardi Putra, program ini adalah bertujuan untuk melatih mereka sebagai agen berkesan dalam menyemai sifat patriotisme dan perpaduan dikalangan warga pendidik serta murid-murid di sekolah. Ianya juga berupaya untuk memperkukuhkan jati diri dan profesionalisme keguruan kea rah pembinaan modal insan yang patriotik. Mereka dilatih sebagai penerang dan penyampai kefahaman yang berteraskan Perlembagaan Malaysia dalam konteks Rukunegara. Hadir pada program berkenaan juga adalah YBrs. Ustaz Mohd Erfino Johari, Pengarah BTN Negeri Johor yang berkongsi dapatan beliau bertajuk ‘Negaraku”.

 

FOTO Oleh : Ardi Putra Daros

Penyelaras program bergambar bersama sama barisan fasilitator yang dijemput khas mengendalikan sesi PKPK dengan peserta program.

 

Wajah ceria peserta program setelah selesai menamatkan program selama 3 hari di Kem Bina Negara Gunung Pulai, Johor.

 

Hubungan ukhwah antara peserta program menggambarkan kesepaduan dan perpaduan antara kaum harmoni di Malaysia.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top