Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SEGAMAT, 07 Jun –Seramai lebih 100 orang hadir ke Program Seminar Cinta Negara Ihya Ramadan di Masjid Jamek Paya Jakas, Segamat dibawah kendalian Encik Mohd Akmaluddin Mudaribeni, Penolong Pengarah Kanan Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor. Program telah dirasmikan oleh YB Senator Zahari Sarip, Senator Dewan Negara dan dihadiri oleh pemimpin masyarakat sekitar dan orang kampung. Sesi tazkirah telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Erfino Johari, Pengarah BTN Negeri Johor. Dalam program tersebut juga telah disampaikan beberapa sumbangan kepada penerima yang memerlukan bagi persediaan sempena menyambut Syawal yang bakal menjelma.

 

 

FOTO Oleh: Mohd Akmaluddin Mudaribeni

 

Senator Zahari Sarip beramah mesra dengan Tuan Mohd Erfino Johari (dua dari kanan), Pengarah BTN Negeri Johor.

 

Tuan Mohd Erfino Johari menyampaikan ceramah kepada jamaah yang hadir pada program berkenaan. 

 

Bergambar kenang kenangan bersama sama penduduk sekitar, ahli jawatankuasa masjid dan Majlis Agama Islam Johor.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top