Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KLUANG, 08 Jun –Salam Ramadan tahun ini lebih bermakna bagi penduduk sekitar Felda Ayer Hitam, Kluang apabila Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor hadir ke Masjid Darul Salam, Felda Ayer Hitam dalam penganjuran program Seminar Cinta Negara Ihya Ramadan. Lebih bermakna lagi apabila YBhg. Tuan Hj. Mohd Erfino Johari, Pengarah BTN Negeri Johor sendiri hadir menyampaikan wacana minda kepada penduduk sekitar. Menurut penyelaras program, Encik Mohd Zuraimy Yaakob, program berkenaan juga telah menyantuni masyarakat sekitar dan menyampaikan beberapa sumbangan untuk dikongsi sama kegembiraan menjelang Syawal yang bakal tiba. Program seperti ini memberikan seribu makna kepada yang hadir.

 

FOTO Oleh : Mohd Zuraimy Yaakob

Nikmat berbuka puasa adalah tanda syukur yang paling tinggi dapat dikongsi bersama sama dengan mereka yang hadir.

 

Perkongsian sedikit ilmu daripada Pengarah BTN Negeri Johor kepada warga Felda Ayer Hitam, Kluang, yang hadir.

 

Pengarah BTN Negeri Johor bergambar kenangan bersama sama barisan Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Salam, Felda Ayer Hitam, Kluang. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top