Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KULAIJAYA, 19 Julai –Bagi meningkatkan pemahaman penjawat awam mengenai corak sistem pemerintahan negara dan perlembagaan persekutuan, Biro Tatanegara Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara buat kakitangannya. Program berlangsung di Kem Bina Negara Gunung Pulai bermula pada 17 hingga 19 Julai 2017 dikendalikan oleh Encik Mohd Zuraimy Yaakob dan dihadiri oleh seramai 32 orang peserta.

Pada program berkenaan, Pengarah BTN Negeri Johor iaitu Tuan Hj. Mohd Erfino Johari turut hadir menyampaikan perkongsian beliau dengan peserta program. Mereka telah didedahkan dengan ilmu kenegaraan melalui Perlembagaan Persekutuan dan aktiviti kenegaraan yang mampu mengeratkan hubungan antara kakitangan MBJB.

 

FOTO Oleh: Mohd Zuraimy Yaakob

Pengarah BTN Negeri Johor bergambar bersama-sama urus setia program dan peserta di Dataran KBN Gunung Pulai.

 

Perkongsian Pengarah BTN Negeri Johor bersama sama dengan peserta program. 

 

Taklimat sesi perkemahan bersama sama dengan jurulatih program. 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top