Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULAIJAYA, 03 Ogos– Seramai 80 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bharu yang terdiri daripada pemimpin pelajar sekolah berkenaan telah menghadiri program Latihan Transformasi Negara Pemimpin Pelajar di Kem Bina Negara Gunung Pulai, Johor. Program dari 3 hingga 5 Ogos itu dikendalikan oleh Encik Nor Hafizan Ab Rahman, Penolong Pengarah BTN Johor bermatlamatkan untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berjiwa patriotik serta menggilap bakat kepimpinan mereka. Dalam masa yang sama, penjelasan mengenai dasar kerajaan serta mempelajari bagaimana negara ini terbentuk atas prinsip negaraku melalui pelbagai pengisian seperti wacana minda, latihan dalam kumpulan dan kembara dilaksanakan kepada peserta program.

FOTO Oleh: Nor Hafizan Ab Rahman

Aktiviti Kembara melatih diri peserta program dalam pelbagai nilai murni menjadi pemimpin masa depan yang cemerlang.

 

 

Peserta program bergambar bersama sama dengan barisan urus setia program di Kem Bina Negara Gunung Pulai, Johor.

 

Aktiviti perbarisan atau kawad kaki mampu mencorak tahap disiplin seorang pemimpin pelajar yang tinggi nilai moralnya.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top