Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MERSING, 24 Ogos –Nilai sayang negara atau patriotik perlu disemai seawal usia lagi supaya mereka ini membesar penuh rasa syukur dan bangga kepada negara yang mereka duduki ini. melalui hasrat itu, Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor telah menganjurkan program Seminar Cinta Negara di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing dan dihadiri seramai lebih 500 orang peserta terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan guru sekolah berkenaan. Program telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Encik Jefri Hamzah. Turut diadakan sesi perkongsian maklumat, dialog dan penyerahan Jalur Gemilang untuk dikibarkan dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2017.

FOTO Oleh: Abd Rahman Hussin

Pengetua SMK Mersing, Puan Zalihah Ismail menerima Jalur Gemilang daripada Pegawai BTN sebagai simbolik penyerahan.

 

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu patriotik bagi menyemarakan bulan kebangsaan.

 

Tuan Hj. Salamian Surip, Tenaga Penggerak BTN Negeri Johor turut hadir menyampaikan kata-kata motivasi kepada peserta.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top