Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

TANGKAK, 24 Ogos – Seramai 83 orang Guru Besar dan Pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak menerima lebih 4,000 helai Jalur Gemilang untuk diedar dan dipasang bagi menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2017. Program berlangsung di Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak dan majlis penyerahan disampaikan oleh Encik Mohd Akmaluddin Mudaribeni, Penolong Pengarah Kanan, Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor. Turut hadir adalah Encik Mohd Zuraimy Yaakob, Penolong Pengarah BTN Negeri Johor.

FOTO Oleh: Mohd Zuraimy Yaakob

Encik Mohd Akmaluddin (kanan) menyampaikan Jalur Gemilang untuk diedar dan dipasang disekitar Daerah Tangkak.

 

Sebahagian daripada Guru Besar dan Pengetua yang hadir pada majlis penyerahan Jalur Gemilang baru-baru ini.

 

Pengetua dan Guru Besar menerima Jalur Gemilang masing-masing untuk diedar dan dipasang sepanjang Bulan Kebangsaan.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top