Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULAIJAYA, 14 Sept. – Negara ini wujud atas faktor keamanan yang ingin dikecapi setelah sekian lama dijajah. Setelah 60 tahun merdeka, semangat untuk membangunkan negara ini kea rah yang lebih maju kian semarak dalam setiap warga Malaysia. Penguatkuasaan undang-undang harus dipatuhi kerana Perlembagaan Persekutuan walaupun mengikat, namua ada ruang kebebasan diberikan kepada masyarakat. Untuk menguatkuasakan undang-undang, mereka yang diberi tanggungjawab harus memainkan peranan mereka secara holistic dan berpasukan. Maka dengan hasrat itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara bagi memantapkan pasukan mereka kearah mencapai misi Bandaraya Bertaraf Antarabangsa. Seramai 51 orang kakitangan penguatkuasa MBJB telah hadir mengikuti program ini di Kem Bina Negara Gunung Pulai, Kulaijaya pada 12 hingga 14 September dibawah kendalian Encik Abd Rahman Hussin, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Johor. Pelbagai pengisian aktiviti diberikan kepada mereka terutamanya dalam bentuk fizikal dan mental.

FOTO Oleh: Mohd Zuraimy Yaakob

Peserta program merakamkan kenangan manis mereka di pintu masuk Survival Village, KBN Gunung Pulai. 

 

Mereka merasai sendiri pengalaman hidup di dalam hutan melalui salah satu aktiviti menguji tahap fizikal dan mentel mereka.

 

Latihan mempertahankan diri turut diberikan kepada peserta program sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan semasa mejalankan tugas.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top