Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULAIJAYA, 28 Sept. – Intergriti penjawat awam menjadi perhatian sejak kebelakangan ini terutama sekali melibatkan isu rasuah dan salahguna kuasa. Kesan daripada itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara anggota penguatkuasa MBJB di Kem Bina Negara Gunung Pulai, Kulaijaya, Johor. Seramai 52 orang penguatkuasa MBJB telah hadir bagi mengikuti program tersebut dari 26 hingga 28 September 2017 dibawah seliaan Encik Mohd Zuraimy Yaakob, Penolong Pengarah BTN Negeri Johor. Hadir merasmikan program tersebut adalah YBhg. Tuan Hj. Mohd Erfino Johari, Pengarah BTN Negeri Johor yang turut sama berkongsi dapatan dan pengalaman beliau berkaitan isu semasa, patriotisme, intergriti serta amalan kerja berpasukan dalam kalangan penjawat awam.

FOTO Oleh: Mohd Zuraimy Yaakob

Peserta program merasai sendiri pengalaman tinggal di dalam hutan yang juga merupakan salah satu modul latihan BTN.

 

Perkampungan survival menjadikan peserta program lebih mantap dari segi fizikal dan mental.

 

Peserta program bergambar kenang kenangan bersama-sama barisan urus setia program di Padang Kawad KBN Gunung Pulai.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top