Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

MERSING, 24 Okt. – Penyampaian maklumat kenegaraan harus diserapkan dalam diri rakyat Malaysia dari awal persekolahan lagi. Input-input itu mesti disulam sama aspek sejarah dan kewujudan negara bangsa bernama Malaysia. Manakala aktiviti kokurikulum dalam pelbagai bidang dan sukarelawan mampu melahirkan masyarakat yang mampu menyumbang dalam pembangunan negara dengan rela hati. Melalui Seminar Cinta Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Tenggaroh, Mersing telah bekerjasama dengan Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor dalam menanamkan semangat cintakan negara kepada pelajar mereka. Program dikendalikan oleh Encik Mohd Zuraimy Yaakob, Penolong Pengarah BTN Negeri Johor berjaya menghimpunkan seramai 200 orang pelajar sekolah berkenaan dalam memupuk nilai-nilai murni dan kesedaran bernegara. Hadir sama pada program berkenaan adalah YBhg. Dr. Suhaimi Ismail, Pengetua SMK Felda Tenggaroh, Mersing dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. Turut berlangsung pada program berkenaan adalah Majlis Anugerah 2017 sempena Karnival Hari Kokurikulum sekolah berkenaan. 

FOTO Oleh: Mohd Zuraimy Yaakob

Para penerima anugerah bergambar kenangan bersama-sama barisan vip yang hadir di SMK Felda Tenggaroh, Mersing.

 

Pengetua SMK Felda Tenggaroh, Penyelaras Program dan Naib YDP PIBG Sekolah berkenaan diraikan bersama. 

 

Sebahagian daripada peserta yang hadir pada majlis berkenaan di SMK Felda Tenggaroh, Mersing. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top