Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BATU PAHAT, 13 Nov. – Seramai 63 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn, Batu Pahat telah menhadiri Seminar Cinta Negara Modal Insan di Dewan Budiman insititut berkenaan anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Johor dibawah kendalian Encik Abd. Rahman Hussin, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Johor. Program tersebut berjaya menerapkan nilai patriotik dan jatidiri kepada bakal penjawat awam ini dengan lebih berkesan melalui elemen interaksi dua hala. Melalui cara ini, mereka lebih memahami hasrat kerajaan dalam penyaluran pendidikan patriotisme dikalangan warga pendidik terutama sekali kepada bakal pelajar yang akan mereka ajar kelak. Mereka merupakan ‘Duta’ patriotisme yang sangat penting pada masa akan datang apabila diberi tanggungjawab sebagai seorang pendidik kelak. Menyelami isi hati seorang patriotisme mampu melahirkan warga pendidik yang berdisiplin dan cemerlang pada masa akan datang. 

FOTO & Berita oleh: Abd Rahman Hussin

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top