Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULAIJAYA, 15 Jan. – Bahagian Birokrat dan Korporat diberikan amanah mengendalikan program bersama-sama kumpulan sasar membuka tirai 2018 dengan program kerjasama Felda Berhad melalui Bengkel Muafakat Felda Negaraku Malaysia di Kem Bina Negara Gunung Pulai, Johor. Program dibawah kendalian Tuan Hj. Fahmi Mohammed Yusof, Penolong Pengarah BTN ini berlangsung pada 13 hingga 15 Januari 2018 telah dihadiri peserta program seramai 93 orang terdiri daripada Penggerak Felda, Ketua Blok, Pemimpin Setempat, Kami Anak Felda (KAF) serta Belia Felda.

Menurut penyelaras program, hadir merasmikan bengkel berkenaan adalah YBhg. Tuan Abdul Rahman Ahmad, Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru. Hadir sama pada program berkenaan adalah YM Tengku Bahyah Tengku Ab. Jalil, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Birokrat dan Korporat BTN. Sepanjang program berlangsung, peserta disuntik semangat kecintaan taat setia kepada negara, prinsip dan falsafah pembentukan negara serta memahami sistem pentadbiran kerajaan. Turut dijelaskan adalah berkaitan dasar-dasar kerajaan yang sediada dalam merencana masa depan negara yang lebih baik.

Menurut beliau lagi, program ini berjaya menerapkan nilai murni dan jati diri dalam memupuk peribadi pekerti yang mulia bagi menyahut cabaran wawasan 2020 kearah yang lebih cemerlang berasaskan matlamat Transformasi Nasional 2050. Antara pengisian lain program adalah sesi Wacana Minda yang disampaikan oleh Hj A. Karim Omar dengan tajuk ‘Ancaman Keselamatan’. Hadir sama menyampaikan perkongsian adalah YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN dengan tajuk ‘Persepsi atau Realiti’. Manakala dalam sesi Tazkirah subuh dan maghrib, Tuan Hj. Mohd Erfino Johari, Pengarah BTN Negeri Johor telah berkongsi pengalaman dan dapatan beliau berkaitan ‘Ibadah Solat dalam Mentransformasi Diri’.

FOTO / Berita oleh: Fahmi Mohammed Yusof

Penyelaras Program bergambar kenangan di hadapan Dewan Putra 1Malaysia, Kem Bina Negara Gunung Pulai, Johor.

 

YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN berkongsi pengalaman dan dapatan beliau bersama-sama peserta program.

 

Kejatuhan Kota Melaka menjadi iktibar kepada peserta program dan diterjemah melalui aktiviti bersama fasilitator.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top