Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

LANGKAWI, 14 Feb. - Dengan kapasiti 97 orang tenaga pensyarah dan kakitangan sokongan, Politeknik Balik Pulau berganding bahu memikul amanah untuk mencapai hasrat kerajaan menjadikan Malaysia Maju pada tahun 2020. Pembangunan modal insan negara dan pendidikan tertiary yang relevan dengan kehendak pasaran adalah moto utama institusi ini. 

Namun begitu, nilai murni dan intergriti warga kerjanya perlu sentiasa digilap agar terus segar dan mekar mewarnai persada industri modal insan negara. Oleh itu, Biro Tatanegara (BTN) Negeri Pulau Pinang telah berkolaborasi dengan Politeknik Balik Pulau menganjurkan program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Langkawi, Kedah.

Menurut penyelaras program Puan Nooraziah Padin, Penolong Pengarah BTN Pulau Pinang, program ini yang telah dihadiri lebih 40 orang peserta ini memberi impak yang sangat positif. Nilai murni dan semangat ukhwak berpasukan ditingkatkan dan memberi perubahan besar kepada mereka.

Melalui misi dan visi BTN sebagai ‘Peneraju Patriotisme Negara’, nilai kenegaraan dan dasar-dasar negara turut disampaikan kepada peserta program. Isu-isu semasa negara dibincangkan secara serius agar mereka peka dengan situasi negara sekarang melalui sesi wacana minda, tazkirah dan latihan dalam kumpulan.

BERITA / FOTO Oleh: Nooraziah Padin

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top