Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KULIM, 08 Apr.– Kelulusan Parlimen Malaysia berkaitan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bertujuan untuk menjamin semua pihak sentiasa dilindungi daripada fitnah atau berita tidak benar yang kian tersebar secara meluas pada hari ini. Fungsi sistem kehakiman negara dapat dimantapkan dengan kelulusan akta ini sebagai jaminan terhadap tugas dan tanggungjawab mahkamah. Walaupun Perlembagaan Persekutuan mempunyai kekebalan tersendiri, namun masih ada yang tidak mematuhi perlembagaan itu sendiri.

Maka dengan itu, Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara (BTN) telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bagi mengkaji ancaman terhadap Perlembangaan Persekutuan pada hari ini. Perlembagaan ini sering dicabar oleh sesetengah pihak berkepentingan bagi meraih kekebalan tersendiri dan membelakangkan undang-undang serta peraturan dalam negara ini.

Seramai 67 orang peserta terdiri daripada kakitangan mereka telah hadir ke Kem Bina Negara Kulim, Kedah bagi mengikuti program ini dari 6 hingga 8 April 2018 dibawah kendalian Tuan Hj. Fahmi Mohammed Yusof, Penolong Pengarah BTN. YBhg. Tuan Hj. A. Karim Omar dari Institut Kajian Strategik Islam Malaysia dijemput memberikan perkongsian beliau berkaitan “Ancaman Keselamatan Negara”.

Menurut Fahmi lagi, peserta telah diberikan kefahaman dan penjelasan berkaitan fungsi dan peranan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak semua. Dasar negara pada hari ini bertujuan untuk memastikan setiap apa yang direncanakan oleh kerajaan sentiasa mempunyai kesinambungan yang berterusan agar semua pihak menikmati pembangunan negara secara holistik. Apa yang penting, perpaduan dalam negara pastinya menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna pada masa akan datang.

BERITA / FOTO Oleh: Fahmi Mohammed Yusof

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top