Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SUNGAI PETANI, 31 Mac - Semangat keikhlasan dalam perjuangan yang dibawa oleh Tenaga Penggerak (TP) Biro Tatanegara (BTN) perlu diteruskan supaya roh perjuangan itu terus mengalir dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Hasrat itu dizahirkan oleh Ketua Pengarah BTN YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad ketika Majlis Sembang Santai bersama sama Peserta Program Transformasi Negara Retreat Tenaga Penggerak BTN Negeri Kedah di Institut Tadbir Awam Negara Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani semalam. Dalam program itu, Hadir sama adalah Pengarah BTN Kedah yang baharu iaitu Tuan Jazli Fadzil dan Encik Hashim Jaafar, Pengerusi Kelab Warisan Malaysia (KERIS) Negeri Kedah.

Menurut YBhg. Datuk lagi, dalam kepimpinan kita perlu bijak dalam membuat keputusan tidak kira apa jawatan kita. Besar jawatan itu tidak penting, tetapi apa yang penting adalah tanggungjawab dalam melaksanakan tugas kita seharian. Beliau mengharapkan agar Pengarah BTN Negeri Kedah dapat bersama sama memimpin BTN di negeri Kedah serta TP negeri berkenaan. Hubungan antara BTN dan KERIS perlu dipelihara dan ianya perlu berasaskan semangat kekeluargaan, bukan kerana jawatan. "Sekiranya saya tidak lagi Ketua Pengarah, tetapi saya mengharapkan agar satu hari nanti apabila saya turun ke Kedah, saya ada sahabat sebagai keluarga dalam Tenaga Penggerak BTN.

Sementara itu, Pengarah BTN Kedah yang baharu mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada Tenaga Penggerak BTN Kedah yang lama dan yang baharu kerana setiasa memberikan komitmen yang amat tinggi dalam meneruskan legasi perjuangan dalam BTN. Beliau mengharapkan agar kerja buat kita selama ini diteruskan dengan lebih kemas dan apa yang penting tidak wujud jurang antara TP lama dan TP baru. Dalam perjuangan ini kita perlukan semua pihak memainkan peranan kerana setiap daripada kita ada peranan masing-masing.

Manakala Pengerusi KERIS Negeri Kedah mengharapkan agar BTN sentiasa membantu dalam perjalanan KERIS setiap negeri bagi memastikan perjuangan membela nasib demi Agama, Bangsa dan Tanahair dapat diteruskan. Bantuan bukan hanya dari segi maklumat, tetapi juga dari segi semangat perjuangan di dalam BTN.

 

FOTO oleh: Norhaida Hj. Ariffin

Ketua Pengarah BTN bergambar bersama sama para peserta Program Transformasi Negara Retreat TP BTN Negeri Kedah.

 

Terapkan semangat keikhlasan dalam perjuangan, InsyakAllah kerja kuat kita diberkati Allah S.W.T. 

 

Pengarah BTN Negeri Kedah yang baharu, Tuan Jazli bin Fadzil mengharapkan agar TP BTN Negeri Kedah dapat kerja bersama sama beliau.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top