Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KULIM, 12 April– Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri sedang menganjurkan Program Latihan Transformasi Negara Kakitangan Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Kem Bina Negara Kulim, Kedah. Program bermula pada 10 April ini bakal berakhir pada 13 April 2017. Menurut penyelaras program Encik Sulhairil Hafiz Sulaiman, program kali ini adalah rentetan daripada program-program kerjasama dengan KTMB sebelum ini. Seramai 95 orang pegawai dan kakitangan KTMB telah mengikuti program yang sedang berlangsung ini. Antara pengisian program adalah Wacana Minda, PKPK, Tazkirah serta sesi riadah bersama barisan jurulatih program. Jika sebelum ini program kerjasama antara BTN dan KTMB berlangsung di Akademi KTM di Batu Gajah, Perak. Maka pada kali ini perancangan dibuat supaya peserta program merasai pengalaman berada di Kem Bina Negara seliaan BTN. 

 

FOTO oleh: Sulhairil Hafis Sulaiman

Ustaz Faez (Tenaga Penggerak BTN Negeri Perak) berkongsi Konsep Ketaatan Kepada Pemimpin dengan peserta semasa sesi kuliah Subuh.

 

Sesi Riadah Petang bersama barisan jurulatih program di Kem Bina Negara Kulim, Kedah.

 

Penyelaras Program Memperkenalkan Barisan Fasilitator Dalam Program Latihan Transformasi Negara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

 

Encik Mohd Saiful Desa (Pen. Pengarah BTN Pulau Pinang). Menyampaikan Wacana Minda Berjudul Negara Berdaulat.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top