Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULIM, 26 April– Seramai 97 orang Siswa Pendidik Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim telah hadir ke Kem Bina Negara Kulim, Kedah bagi mengikuti Program Latihan Transformasi Negara. Program tersebut dianjurkan oleh Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kedah itu telah berlangsung dari 24 hingga 26 April 2017 dibawah kendalian Encik Muhamad Razif Muhamad Zaki, Penolong Pengarah BTN Kedah.

Menurut beliau, program kali ini yang mensasarkan siswa pendidik perguruan itu bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme serta perpaduan dikalangan bakal pendidik supaya semangat ini dapat disebar luaskan kepada murid-murid apabila masuk kea lam pekerjaan nanti. Selain itu, ianya juga dapat memperkukuhkan hubungan jati diri dan meningkatkan profesionalisme perguruan serta memberi kefahaman dan penerangan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Selain sesi Wacana Minda, turut diadakan juga sesi PKPK serta riadah kepada peserta program.

 

FOTO Oleh: Muhamad Razif Muhamad Zaki

Peserta program melakukan aktiviti dalam kumpulan bersama sama barisan fasilitator yang terdiri daripada Tenaga Penggerak BTN Kedah.

 

Sesi PKPK peserta bersama sama fasilitator yang dijemput mengendalikan sesi ini. 

 

Rumusan setiap aktiviti akan dilakukan oleh fasilitator yang terdiri daripada Tenaga Penggerak BTN supaya peserta faham isi tersirat.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top