Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULIM, 29 April– Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kedah melalui Penolong Pengarah Encik Muhamad Razif Muhamad Zaki telah melaksanakan Program Latihan Transformasi Negara Kakitangan Akademi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kem Bina Negara Kulim. Program berkenaan dihadiri oleh seramai 60 orang pensyarah-pensyarah dan pensyarah kanan universiti berkenaan dari 27 hingga 29 april 2017. Program telah dirasmikan oleh Puan Noorziah Daim, Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Kedah.

Menurut penyelaras program lagi, peserta telah mengikuti sesi Wacana Minda dan sesi PKPK yang disampaikan oleh Tenaga Penggerak BTN Negeri Kedah. Dalam program ini, peserta telah disemaikan sifat patriotisme dan perpaduan yang menjadi asas keharmonian dalam negara ini. Pengukuhan jati diri peserta dan profisonalisme pegawai pendidik telah ditingkatkan berteraskan pemahaman dan penghayatan melalui elemen rukunegara dan perlembagaan persekutuan.

 

FOTO Oleh: M.Razif M.Zaki

Peserta program terdiri daripada pensyarah dan pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara, Kedah bergambar kenangan bersama sama urus setia.

 

Peserta program melakukan aktiviti pengukuhan di slot akhir program berkenaan pada hari akhir program.

 

Proses pengukuhan peserta program melalui setia sesi disampaikan oleh fasilitator jemputan terdiri daripada Tenaga Penggerak BTN, Negeri Kedah.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top