Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BAGAN SERAI, 14 Mei– Biro Tatanegara (BTN) Negeri Perak telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara Belia/Beliawanis Kawasan Bagan Serai di Kem Bina Negara Langkawi. Program tersebut dikendalikan oleh Encik Mohd Termizi Mat Bunor, Penolong Pengarah Kanan BTN Perak dan dihadiri seramai 67 orang belia kawasan berkenaan. Hadir merasmikan program berkenaan adalah YBhg. Encik Zulkarnain Ismail, Yang Di-Pertua Sekretariat Rakyat Seria Negeri Perak (SETIA). Program berlangsung dari 12 hingga 14 Mei 2017.

Menurut Encik Termizi, demi mengikut peredaran zaman semasa, program dirancang mengikut selera belia tetapi memberikan impak yang mendalam dalam diri mereka. Diadakan pertandingan selfie/wifie terbaik pada hari berkenaan yang berunsurkan patriotisme dan kreatif. Sesi percambahan minda belia diisi dengan slot Wacana Minda dan PKPK. Program ini berupaya mewujudkan jaringan hubungan baru dikalangan belia yang hadir. Dalam masa yang sama, dua agensi ini dapat bertukar maklumat kenegaraan, isu semasa, perlembagaaan dan realiti semasa pentadbiran negara berteraskan konsep Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menurut beliau lagi, peserta program telah dibantu dalam mempercambahkan tahap pemikiran mereka melalui konsep ‘Belia Pencorak Kepimpinan Mendatang’ dimana idea dan cadangan mereka dimurnikan agar mereka dapat menyumbang sama dalam pembangunan negara. Belia hari ini harus memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, bukan menambah masalah kerana ia memberikan impak yang amat negetif pada masa akan datang. Jati diri peserta program dicorak agar mereka mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang mampu bersaing dengan orang lain.

 

FOTO Oleh Mohd Termizi Mat Bunor

Punya cara tersendiri dalam menterjemahkan rasa cinta pada negara oleh belia kawasan Bagan Serai di KBN Langkawi.

 

Kreativiti peserta dalam menghasilkan karya mereka diterjemah melalui pertandingan selfie atau wifie dan digrafikkan agar dapat dikongsi dengan yang lain.

 

Berkampung tiga hari merakamkan detik indah dikalangan peserta program di KBN Langkawi pada hari terakhir program.

 

"Masa depan negara bergantung kepada belia pada hari ini. Oleh itu, jangan musnahkan masa hadapan dengan melahirkan belia yang lalai." 

-Mohd Termizi Mat Bunor, Penyelaras Program-

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top