Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

LANGKAWI, 25 Mei– Seramai 59 orang kakitangan kumpulan sokongan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah mengikuti program Latihan Transformasi Negara Penjawat Awam di Kem Bina Negara Langkawi, Kedah. Program diselaraskan oleh Encik Norrul Aswadi Shafri, Penolong Pengarah Kanan Biro Tatanegara Negeri Pahang berlangsung pada 22 hingga 25 Mei 2017. Program ini merupakan kerjasama antara BTN bersama sama JKNP. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Suhaimi, Penolong Pegawai Tadbir, JKNP.

Menurut penyelaras program, dua sesi Wacana Minda telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu “Transformasi Penjawat Awam” oleh pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, dan “Negaraku” disampaikan sendiri oleh penyelaras program. Peserta program telah diterapkan kepentingan menjaga solidariti bangsa, pengurusan persepsi serta peranan penjawat awam dalam memperkasa Transformasi Nasional 2050.

 

FOTO Oleh: Norrul Aswadi Shafri

Peserta program sempat berselfie bersama sama antara mereka di Dewan Auditorium Kem Bina Negara Langkawi, Kedah diakhir program.

 

Peserta program mengikuti sesi PKPK bersama sama fasilitator program di Kem Bina Negara Langkawi, Kedah.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top