Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ALOR SETAR, 10 Jun –Menyemarakkan lagi bulan Ramadan dan mengambil peluang gandaan pahala pada bulan ini, Biro Tatanegara Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Komuniti Kg. Titi Siam telah menganjurkan program Seminar Cinta Negara (Ihya Ramadhan). Program berlangsung di Surau Al Ehsan Kampung Titi Siam, Alor Setar dihadiri lebih 100 orang penduduk sekitar dibawah kendalian Encik Muhamad Razif Muhamad Zaki, Penolong Pengarah BTN Negeri Kedah.

Pengisian program meliputi penyediaan bubur lambuk untuk edaran, tazkirah Ramadan serta majlis berbuka puasa beramai-ramai. Program ini berupaya memupuk semangat cinta kepada agama, bangsa dan tanahair serta menerapkan hubungan silaturahim antara komuniti dan agensi kerajaan. Selain itu, ia dapat membudayakan penghayatan dalam ibadah berpuasa di bulan Ramadan.

 

FOTO Oleh : M.Razif M.Zaki

YBhg. Ustaz Musa Hashim, Tenaga Penggerak BTN menyampaikan perkongsian dalam sesi Tazkirah Ramadan kepada hadiri  yang hadir.

 

Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) bekerjasama membantu menyediakan bubur lambuk untuk edaran kepada komuniti sekitar. 

 

Penduduk sekitar tidak melepaskan peluang bersama agensi kerajaan menyediakan juadah bagi berbuka puasa beramai-ramai.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top