Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULIM, 27 Julai –Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kokurikulum, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Modul Mahasiswa dan Belia di Kem Bina Negara Kulim, Kedah. Program diselaraskan oleh Cik Hasmaliza Mohd Sofian ini telah dihadiri seramai 22 orang pegawai dan tenaga penggerak BTN seluruh Malaysia. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN. Beliau mengharapkan agar program ini dapat menghasilkan modul yang bersesuaian dan menepati sasaran peserta program. Penambahbaikan modul ini diharapkan mampu memberikan impak yang positif dan berkesan tanpa mengubah visi BTN sebagai “Peneraju Patriotisme Negara”. Diharapkan juga agar modul yang dirangka dan ditambahbaik ini dapat direkodkan sebaik mungkin agar BTN memiliki modul yang tersusun dan berekod.

 

FOTO Oleh: Hasmaliza Mohd Sofian

Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN bergambar bersama sama penyelaras program dan peserta program.

 

Peserta program membentangkan modul baru yang ditambahbaik daripada modul asal sebagai langkah awal jabatan ini.

 

Mereka dibantu oleh barisan fasilitator yang berpengalaman dalam menggubal modul terutamanya melibatkan BTN.

 

Mereka turut sama mempraktikkan modul yang telah dirangka dan ditambahbaik daripada modul asal BTN.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top