Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

LANGKAWI, 30 Julai –Seramai 80 ahli Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang telah berkampung di Kem Bina Negara Langkawi bagi mengikuti program Latihan Transformasi Negara anjuran Biro Tatanegara Negeri Pulau Pinang dibawah kendalian Encik Mohd Shaiful Md Desa. Program yang berlangsung pada 28 hingga 30 Julai ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita Malaysia. Hadir sama berkongsi pengalaman dan kata-kata semangat adalah YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut penyelaras program, peserta telah diperjelaskan secara terperinci mengenai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini. Kepentingan menjaga negara ini dikalangan belia amat penting demi memastikan generasi pelapis adalah betul-betul bersedia menghadapi cabaran mendatang. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk melahirkan belia yang berilmu dan bermotivasi tinggi melalui pengisian yang dirangka untuk mereka. Siri dialog bersama-sama beberapa pemimpin turut dilaknsanakan bagi memastika masa yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin.

FOTO Oleh: Mohd Shaiful Md Desa

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Penyelaras Program bergambar bersama-sama peserta program selesai sahaja majlis perasmian.

 

 

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bersama-sama peserta program menyanyikan lagi patriotik.

 

Aktiviti pagi secara bersama-sama mampu mengeratkan hubungan antara peserta program.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top