Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULIM, 03 Ogos – Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara (BTN) telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara bagi Kakitangan Keratapi Tanah melayu Berhad (KTMB) dikendalikan oleh Encik Mohd Hisyamuddin Basabah, Penolong Pengarah BTN. Program tersebut berlangsung dari 3 hingga 6 Ogos di Kem Bina Negara Kulim, dan dihadiri seramai 82 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan pengurusan dan pelaksana KTMB. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Roshanizam Che Pee, Pengurus Besar Asian Railway Center of Excellent (ARCO). Antara elemen yang ditekankan dalam program ini adalah meliputi patriotisme, integriti, perpaduan dan penjelasan isu semasa berteraskan perlembagaan persekutuan. Dalam ucapan perasmian, beliau mengharapkan agar apa yang diterapkan sepanjang program ini diteruskan dengan perasaan keikhlasan dan pengorbanan kepada agensi.

FOTO Oleh: Mohd Hisyamuddin Basabah

Setiap aktivit mempunyai nilai pengajaran tersurat dan tersirat. Jika tidak, maka sia-sia apa yang kita lakukan.

 

Penerapan nilai bernegara disampaikan melalui perkongsian Wacana Minda oleh Penyelaras Program.

 

IKHLAS SEJATI: Apa yang dilakukan perlu ikhlas dan redha tuhan, bukan penghargaan daripada manusia.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top