Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

LANGKAWI, 04 Ogos– Belia Kuala Lumpur berkampung selama 3 hari di Kem Bina Negara Langkawi bagi mengikuti program Latihan Transformasi Negara anjuran Biro Tatanegara Wilayah Persekutuan. Program dikendalikan oleh Encik Mohd Khairil Ibrahim, Penolong Pengarah BTN ini berlangsung pada 4 hingga 6 ogos dan dihadiri seramai 67 orang peserta program. Menurut beliai, program ini bertujuan untuk menerapkan nilai tinggi bidang kenegaraan serta semangat kerja berpasukan dikalangan mereka. Semua aktiviti dilaksanakan berteraskan Perlembagaan Persekutuan negara ini yang telah wujud sejak 1984 lagi. Sejarah pembinaan negara turut dijelaskan secara terperinci kepada peserta program supaya ianya difahami dan dihayati dengan semangat “Negaraku Malaysia”.

FOTO Oleh: Mohd Khairil Ibrahim

Sesi riadah peserta program bersama-sama barisan jurulatih program di Kem Bina Negara Langkawi, Kedah.

 

Wajah ceria peserta program sentiasa mengisi ruang sepanjang program ini berlangsung di Kem Bina Negara Langkawi. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top