Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

LANGKAWI, 09 Ogos –Bagi memperkasakan agensi-agensi kerajaan persekutuan selari dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia ingin membawa negara ini lebih maju melalui Transformasi Nasional 2050, Biro Tatanegara (BTN) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara pada 8 hingga 10 Ogos. Program ini berlangsung di Kem Bina Negara Langkawi, Kedah dan dihadiri seramai 77 orang peserta terdiri daripada pegawai agensi-agensi persekutuan seluruh negeri Pulau Pinang. Ianya diselaraskan oleh Tuan Azral Nizam Samsudin, Pemangku Pengarah BTN Negeri Pulau Pinang dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.

Program ini telah berjaya membina semangat kerja berpasukan dikalangan mereka serta memantapkan jati diri serta nilai patriotisme dalam diri mereka. Dalam pelbagai aktiviti yang disusun untuk mereka, amalan penyuburan nilai murni berjaya diterapkan dikalangan peserta kali ini. Antara sesi yang mereka lalui adalah Wacana Minda, PKPK, aktiviti riadah serta pembentangan daripada setiap kumpulan yang dibentuk menjurus kepada hasrat sasaran TN50. Mereka turut dilatih menetapkan sasaran awal meliputi pelbagai agensi bagi mencapai sasaran TN50. Hadir sama pada program berkenaan yang turut berkongsi maklumat dan data adalah YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN.

FOTO Oleh: Azral Nizam Samsudin

YB Datuk Seri Zainal Abidin Osman bergambar bersama-sama Ketua Pengarah BTN YBhg. Datuk Ibrahim Saad dan peserta program.

 

Perkongsian maklumat dan data daripada YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad kepada peserta program di KBN Langkawi.

 

Sasaran Transformasi Nasional 2050 memerlukan kesungguhan dan sasaran yang betul, antara kaedah modul yang digunakan peserta.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top