Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULIM, 19 Ogos –Dalam menjelaskan maklumat kenegaraan, pelbagai pendekatan digunakan oleh Biro Tatanegara (BTN) Negeri Pulau Pinang dan pada kali ini ianya melibatkan peserta dari guru-guru kawasan Permatang Pauh. Program berlangsung di Kem Bina Negara Kulim telah disertai peserta seramai 57 orang bagi memupuk semangat cintakan negara serta menjelaskan isu semasa. Modul digunakan melibatkan faktor mental dan fizikal bagi menggalakkan peserta program menggabungkan bakat dari segi kenegaraan dan konsep perpaduan antara mereka.

FOTO Oleh: Nooraziah Padin

Perlembagaan Persekutuan dijadikan aspek penerangan penting dalam program berkenaan kepada peserta program.

 

Aktiviti Penyelesaian Masalah antara modul yang diguna pakai dalam menjelaskan kepada peserta program aspek bernegara.

 

Nilai berpasukan dan kerjasama sesama mereka adalah penekanan penting dalam membina negara ini maju bersama.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top