Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

LANGKAWI, 28 Sept. – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah bekerjasama dengan Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara (BTN) dalam penganjuran program Latihan Transformasi Negara melibatkan 33 kakitangan mereka. Program berlangsung di Kem Bina Negara Langkawi pada 25 hingga 28 September 2017 dibawah penyeliaan Encik Fahmi Mohammed Yusof, Penolong Pengarah BTN. Program ini telah memberi semangat baru kepada peranan asas mereka sebagai penjawat awam serta memahami prinsip dan falsafah kesetiaan kepada negara berteraskan Perlembagaan Persekutuan. Mereka juga telah dibentuk nilai keperibadian mulia, jati diri patriotik, nilai-nilai asas bernegara serta budaya kerja cemerlang agar anggota penjawat awam dapat memberikan khidmat terbaik ke aras dasar negara yang lebih cekap dan efisyen.

FOTO Oleh: Fahmi Mohammed Yusof

Peserta program bergambar kenang kenangan bersama-sama barisan urus setia, fasilitator dan jurulatih program.

 

Peserta bertanyakan soalan dalam sesi Wacana Minda di Dewan Putra 1Malaysia, Kem Bina Negara Langkawi.

 

Penerapan nilai kerohanian turut disuntik dalam diri peserta program agar semangat jatidiri lebih kukuh. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top