Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KAKI BUKIT, 29 Sept. – Sebagai sebuah agensi ‘Peneraju Patriotisme Negara’, nilai ketelusan dan tanggungjawab amat tinggi terutama sekali dalam hal ehwal pengurusan kewangan jabatan. Setiap daripada warga kerja Biro Tatanegara (BTN) bertanggungjawab kepada jabatan ini dan menjaga nama baik serta menghindarkan diri dari amalan yang tidak sihat termasuk kesalahan intergriti. Hasrat itu disampaikan sendiri oleh YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN ketika merasmikan Mesyuarat Pemantapan dan Penyelarasan Kewangan BTN Bilangan 1/2017 pada 27 hingga 29 september 2017. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh pegawai kewangan dari ibu pejabat BTN dan negeri seluruh Malaysia. Program telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis di Kangar. Turut diadakan sesi lawatan ke Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis dimana pada sesi tersebut turut dilaksanakan Majlis Penangguhan Mesyuarat yang dilakukan oleh Tuan Khalid Aswad Abdul Wahab, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.

FOTO Oleh: Zuraime Ahmad

Ketua Pengarah BTN YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, sempat bersuafoto bersama-sama ahli mesyuarat yang hadir. 

 

Sesi lawatan ke Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top