Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KULIM, 25 Okt. – Menggunakan elemen turun padang, guru-guru muda digalakkan mengukuhkan hubungan antara penjawat awam terutama sekali melibatkan profesion perguruan dengan pemimpin setempat. Mereka dibantu melalui program Latihan Transformasi Negara guru-guru muda kawasan Rantau Panjang, Kelantan yang berlangsung di Kem Bina Negara Kulim, Kedah. Program diselaraskan oleh Puan Normisuari Mohamed, Penolong Pengarah BTN Negeri Kelantan pada 23 hingga 25 Oktober 2017 dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas. Program berkenaan telah dirasmikan oleh YB. Senator Datuk Hj. Abdullah Mat Yasim dengan kehadiran peserta program seramai 66 orang. Asas perlembagaan turut sama diterapkan dalam diri mereka melalui semangat cintakan negara.

FOTO Oleh: Normisuari Mohamed

Aspek kerohanian sangat rapat dengan masyarakat kerana mampu membentuk perpaduan bermasyarakat. 

 

Peserta program pada sesi taklimat program yang berlangsung di Dewan Putra 1Malaysia, Kem Bina Negara Kulim, Kedah.

 

Program kali ini berjaya mendidik peserta program dalam mengendalikan aktiviti dan bermasyarakat.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Mei 2018

 

Go to top