Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PENGKALAN CHEPA, 18 Feb. – Kepimpinan kerajaan yang sediada bakal diwarisi golongan pemuda pada hari ini. Bagi mengisi roh perjuangan bangsa, Biro Tatanegara Negeri Kelantan dengan kerjasama Pemuda Pengkalan Chepa telah menganjurkan Karnival Sukan 2018 bagi melatih mereka mengurus dan menganjurkan program ini.

Tindakan ini memberi ruang kepada mereka menguruskan sesebuah organisasi sebelum memegang tampok kepimpinan negara suatu hari nanti. Program yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti, Kota Jembal, Kelantan ini telah dihadiri lebih 300 orang pengunjung.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Zaluzi Sulaiman, Ketua Bahagian Pengkalan Chepa. Menurutnya, “program seperti ini memberi kemahiran tinggi kepada golongan belia menguruskan program yang besar. Suatu hari nanti, mereka bakal memegang tampok pemerintahan negera. Tahniah diucapkan kepada mereka.”

 

Antara pengisian yang berlangsung sepanjang Karnival Sukan 2018 di SMK Raja Sakti, Kota Jembal, Kelantan.

 

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Zaluzi Sulaiman, Ketua Bahagian Pengkalan Chepa.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top