Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA KRAI, 06 Apr. – “Khidmat kepada negara tidak kira jawatan, kedudukan mahupun kaum. Kami selaku orang awam, mengucapkan syukur dan penghargaan kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ketika khidmatnya menjaga keamanan negara ini. Walau telah berpencen, teruskan khidmat bersama-sama bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan negera ini berterusan”. Menurut YBhg Tuan Rashid Ismail, Tenaga Penggerak Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kelantan ketika menyampaikan ceramah beliau kepada lebih 150 orang Veteran ATM di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan.

Program dibawah kelolaan Encik Mohd Yamani A. Rahman tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Kuala Krai, Kelantan bertujuan untuk menyuntik kembali semangat perjuangan yang ada dalam diri mereka agar sentiasa kekal subur. Menurut Encik Mohd Yamani yang juga Penolong Pengarah BTN, program ini berjaya menghimpunkan kembali mereka yang pernah berkhidmat dalam angkatan tentera suatu ketika dahulu dan mengembalikan nostalgia perjuangan bersama-sama ketika berkhidmat.

Peserta program sangat berpuashati dengan penganjuran program seperti ini dan mengharapkan agar program-program seperti ini dapat dianjurkan lagi kerana memberi banyak input baru dan terkini berkaitan negara dan kenegaraan. Melalui sesi ceramah dan dialog, peserta mendapat maklumat secara terus dan bukannya melalui media sosial yang kesahihannya boleh diragui. Suntikkan semangat seperti ini memberikan kami semangat baharu untuk terus berkhidmat kepada negara ini.

BERITA / FOTO Oleh: Mohd Yamani A. Rahman

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top