Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KOTA BHARU, 13 April– Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kelantan dengan Kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah dijempun untuk menyampaikan Wacana Minda serta pameran di dua lokasi dan dua program yang berbeza. Pengarah BTN Negeri Kelantan, Tuan Hj. Mohd Fakhrurazi Ab Rahim telah diundang bagi menyampaikan dapatan beliau serta menerangkan dasar dasar negara di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Limbanat, Kota Bharu. Dalam program berkenaan, beliau telah memberikan penerangan kepada masyarakat bahawa kerajaan persekutuan telah menyediakan banyak bantuan dan kemudahan kepada anak-anak kita. Maka rebutlah peluang yang ada sebaik mungkin demi masa depan kita.

Mana dilokasi yang berbeza pula, BTN Negeri Kelantan telah dijemput bagi menganjurkan Karnival PIBG di Sekolah Kebangsaan Kangkong, Pasir Mas. Dalam program berkenaan, BTN Negeri Kelantan telah menyediakan banyak aktiviti untuk dipenuhi oleh pengunjung yang hadir. Antaranya adalah tayangan filem patriotik, pameran produk BTN, Kuiz kenegaraan, nyanyian lagu patriotik serta kuiz kenegaraan.

 

FOTO oleh: Mohd Zuhairi Che Mohd Nawi

Pengarah BTN Negeri Kelantan menyampaikan ceramah kepada peserta yang hadir di SMKA Naim Limbanat, Kota Bharu, Kelantan.

 

Sebahagian daripada ahli PIBG yang hadir sempena Mesyuarat PIBG SMKA Limbanat, Kota Bharu, Kelantan.

 

Pelajar sekolah mengambil peluang mencari maklumat bagi menjawap soalah dalam kiuz kenegaraan sempena Karnival PIBG di Booth BTN.

 

GENERASI TN50: Pelajar sekolah mengambil peluang melawat Booth BTN di Karnival PIBG di SK. Kangkong, Pasir Mas, Kelantan.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top