Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KOTA BHARU, 2 Mei– Bertempat di Bilik Gerakan, Jabatan Permbangunan Persekutuan Negeri Kelantan, telah berlangsung satu Seminar Cinta Negara yang bertemakan “Penjawat Awam Tiang Seri Negara”. Program dihadiri seramai 111 orang peserta terdiri daripada penjawat awam Negeri Kelantan dari pelbagai gred jawatan. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Birokrat dan Korporat dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kelantan dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk menyalurkan maklumat dan penerangan mengenai Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada kewujudan negara serta peranan penjawat awam sebagai tiang seri negara. Ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Lokman Noor Adam, Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia. Turut hadir pada program berkenaan adalah Tuan Hj. Mohd Fakrurazi Bin Ab Rahim, Pengarah BTN Kelantan; YBhg Dato' Makhtar bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan; Encik Mohammad Hakimi bin Che Muda, Pengarah Bahagian PMI JPP dan Encik Mohd Hanif Aiman bin Mohamad Anuar Musadar.

 

FOTO Oleh: Fahmi Mohammed Yusof

Peserta yang hadir mendengar perkongsian daripada penceramah jemputan dari Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Pengarah BTN Negeri Kelantan sedang berkongsikan dapatan beliau kepada peserta yang hadir dalam program berkenaan.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top