Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PASIR PUTIH, 02 Mei– Bahagian Pemimpin Masyarakat, Biro Tatanegara (BTN) telah menganjurkan program Seminar Cinta Negara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Selising, Pasir Putih, Kelantan. Program tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 300 orang peserta terdiri daripada pelajar, guru-guru dan ibu bapa dikendalikan oleh Puan Noni Mohamed, Penolong Pengarah bahagian berkenaan. Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj. Harun Yusof, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Putih. Hadir sama pada program berkenaan menyampaikan dapatan beliau adalah YBhg. Encik Mohd Khailani Ismail, Pengarah Bahagian Pemimpin Masyarakat. Program berekaan bertujuan untuk menyemai dan menyuntik semangat bernegara di kalangan ibu bapa, pelajar dan guru serta mengeratkan hubungan ibu bapa, pendidik dan pelajar dlm meningkatkan kuantiti dan kualiti pencapaian pelajar.

 

FOTO Oleh: Noni Mohamed

Perkongsian dapatan daripada Pengarah Bahagian Pemimpin Masyarakat, BTN kepada peserta yang hadir.

 

Sebahagian daripada peserta program yang hadir pada program berkenaan kelihatan gembira dan ceria mendengar penerangan.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top